Kerajaan Perpaduan wajar segera bermuhasabah diri susulan penilaian gred ‘D’ yang diberikan oleh kumpulan pemerhati pilihan raya, Bersih, yang memantau prestasi kerajaan sepanjang dua tahun pembentukannya.

Ulasan Bersih bahawa kerajaan “melaksanakan reformasi dengan kemajuan yang terhad, dan terdapat jurang di antara retorik dan tindakan” merupakan bahasa kiasan daripada mengatakan “cakap tak serupa bikin”.

Persoalannya, adakah Kerajaan Perpaduan yang diketuai Pakatan Harapan (PH) benar-benar mempunyai iltizam politik untuk melakukan reformasi seperti yang dijanjikan? Dengan majoriti yang selesa di Parlimen, apa lagi yang menjadi batu penghalang?

Apa pula tindakan drastik yang bakal diambil oleh Bersih selaku pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali sebagai pendukung kuat PH serta memainkan peranan penting mengangkat PH menjadi kerajaan?

Sanggupkah mereka melakukan demonstrasi besar-besaran sekali lagi menuntut reformasi daripada PH, sebagaimana mereka buat terhadap kerajaan Barisan Nasional semenjak 2007, atau setakat "marah-marah sayang" dan "hangat-hangat tahi ayam" sahaja terhadap PH?

Ivone Low
Ketua Beliawanis MCA
20 November 2024

- Penerangan MCA