Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh digesa menggariskan perancangan praktikal kementeriannya untuk meraih pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik akan datang.

Gesaan itu dibuat oleh Ketua Beliawanis MCA, Ivone Low menerusi satu hantaran video di media sosialnya, susulan pencapaian terburuk kontinjen negara dalam lima (5) penyertaan terakhir, iaitu sekadar mendapat dua (2) pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris baru-baru ini.

Low turut mempersoalkan bagaimana Malaysia boleh berada di kedudukan ke-80 bersama beberapa negara kerdil sedangkan kerajaan telah memperuntukan RM20 juta untuk projek Road To Gold (RTG) kementerian itu.

π˜—π˜¦π˜―π˜¦π˜³π˜’π˜―π˜¨π˜’π˜― π˜”π˜Šπ˜ˆ
15 π˜–π˜¨π˜°π˜΄ 2024