Sudah 11 hari Ahli Parlimen Seputeh merangkap Naib Pengerusi DAP, YB Teresa Kok menerima ugutan bunuh bersama dua peluru yang diletakkan dalam peti surat di kediamannya.

Wanita MCA bukan sahaja bersimpati, tetapi juga menanti dengan penuh sabar kesudahan kes ini kerana ia membabitkan keselamatan seorang Ahli Parlimen dan juga seorang wanita.

1. Apakah perkembangan terkini kes tersebut?

2. Adakah tiada kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian?

3. Adakah pelakunya sudah dikenalpasti dan ditangkap?

Oleh itu, Wanita MCA berharap YB Teresa Kok atau mana-mana pihak dapat memaklumkan kepada orang ramai mengenai perkembangan terkini berhubung kes ini.

Wanita MCA bukan sahaja yakin pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat menyelesaikan kes ini, tetapi juga dapat mengheret pelaku ke muka pengadilan seterusnya dikenakan hukuman setimpal, sekaligus melegakan orang ramai khususnya penduduk sekitar.

Tanpa mengira perbezaan politik, Wanita MCA akan sentiasa ada bersama mereka yang memerlukan, dan pastinya bersolidariti bersama Teresa Kok dalam kes ini.

Tee Hooi Ling
Timbalan Ketua Wanita MCA
29 Mei 2024

- Penerangan MCA